Ethylene Territory  Guests


Hello World! This is my life , my story. To haters , what are you doing here? Stalking me? :)



♥ Mrs Ethylene
♥ My Sunshine
♥ My Story





Isyriati Isaac

Create Your Badge

Template & Skin by : Miss D AND Mrs Ethylene
Big help from :
MR GOOGLE



Older Post | Newer Post
Kedah
Tuesday, 18 December 2012 | 22:35 | 0 STARS
First of all, Assalamualaikum untuk pembaca muslim dan salam sejahtera kepada yang bukan muslim. *bajet macam ramai agama jeh yang bace* hahaha. whateverr. seperti yang diketahui umum, dah nak masuk dua minggu aku dekat kedah. hmm, alhamdulillah aku masih bernafas. sinopsis untuk kedah not bad lah. suam suam kuku cenggitu. dekat sini kalau korang nak kan kedamaian, kesunyian, jauh daripada bunyi motor mat wempitz memang sesuai lahh. pandang kiri, pandang kanan semua hijau. even kalau pergi merayau naek motor waktu tengahari pun sejuk kay. i'm damn serious. dekat sini sejukk. setiap hari hujan. memang tenang lah. tenang tapi bosan. hahaha, yelaa kalau dah hujan aku tak dapat nak lepak taman, tengok bebudak sini maen bola, cuci mate memandang brader polis. hahahaha, i'm just kidding. :D alaaaaaaaaaa, kalau betul pun takde sape nak marah right. aku kan foreberr erlon. hm hm.

FIRST DAY: baru datang tempat orang kan, so memang eksited lah aku nak selongkar satu persatu. dekat mane taman, dekat mane kedai runcit terdekat, tempat topup celcom, dekat mane hot spot tempat abang handsome lepak semua aku nak survey. hahaha. tuh adalah niat aku pada awalnya. tetapi semua tuh terbantut bila aku jumpe mister weird. tujuan asal aku datang sini ialah nak hidup berdikari dan lupekan semua spesis buaya yang pernah aku jumpa. tetapi malang nye aku gagal. keluar jeh pintu rumah, aku terserempak dengan sorang mister neh. muke dy berbiji biji sama macam mamat senget tuh. aku tengok dy dengan muke selamba dan takde perasaan langsung. dalam hati dy mesti dy engat aku lesbian kan. hahaha, lantakk. kesah pulak aku. aku rase tuh cume perasaan aku semata mata. tak mungkin muke dieorang same, so aku diam jela. then tetibe halkum dak akak gatal, dan dy pun bersuare. 

"wei dik, budak tuh macam dak samad(bukan name sebenar) lahh."
"ehh, kau pun nampak ke? ehh tak tak, maksud aku, yeke? hmm, betul lah kott"

lepas kejadian tuh, aku tak nampak dah mister weird tuh lagi. mungkin dah kena langgar dengan lori vitagen kott. hahahaha. not my business. aku dah lari sejauh neh pun dy ekot. aku tak tahu pelosok mane aku kena redah untuk banteras dy daripada berleluasa dalam kepale hotak neh. hmm. nvm, abaikan.

SECOND AND THE DAY AFTER: aku dah berani dah nak keluar jenjalan pusing tempat neh naek motor. dah ade improvement. dah hafal jalan. dah tak tanye dak akak mane nak letak susu, milo dan sebagainye. dan aku pun dah member dengan makcik kedai runcit dekat sini. time mule mule datang, dy punye renungan macam nak buad aku jadik menantu jeh. tapi lepas aku tegur dengan menggunakan suare paling lembut yang ade dalm kotak suare neh, terus dy cair. hahaha, ekcelli orang kat sini tak sombong pun. kite jeh kena berani nak tegur. sekarang neh, aku dah boleh bertepuk tampar dah dengan makcik tuh. name dy makcik wan. hmm, kalau bab shopping kompleks pulak , tesco, giant, kfc, mekdi semua aku dah pergi. sampai dak akak pun tak tahu mane lagi nak bawak aku jenjalan. hahaha, sedihh. neh yang membuatkan aku rindu melaka. dekat melaka banyak gile tempat lepak, tak macam dekat sini. hmm, then kiteorang pun jalan jalan bawak adam pusing tasek. neh hasilnye :')

*k i'm so sorry. takde gambar yang dapat dipaparkan kerane cable phone tertinggal dekat melaka. sila menangis :'D neh pun curik daripada facebook. hehehe, sorryy much much bebeh


dah kesat air mate tuh. jangan nangis kayy. kalau ade mase, isy update post neh letak pic tuh. dah tak payah nak teresak sangat. hehehehe. tak lame lagi isy akan balek melaka. kawan nak kahwin. me so baekk. sanggup beli tiket nak balek melaka sebab nak tengok dy naek pelamin walaupun diri neh calon pun takde lagi. hehehe. thats all for now. see you later.

xoxo ethylene :')